Perjalanan ke Kundasang sungguh menakjubkan. Puncak Kinabalu malu-malu di sebalik awan. Kami singgah di Pekan Kundasang untuk membeli sedikit makanan. Tak lupa juga kepak dan sate ayam.
Check in di Bayu Senja Lodge sungguh mudah. Aku dah booked awal di Booking.com. Harga untuk satu malam bagi family room dengan 1 katil queen dan 2 katil single hanya RM280.00 satu malam. Bilik besar dilengkapi toiletries, meja makan dan tv. Keadaan bilik sangat bersih. Puas hati.
Berbanding dengan hotel di Kota Kinabalu semalam, bilik family berada di tingkat 3, lif rosak! Aku ulang, LIF ROSAK. Kain tuala bila diminta front counter staff cakap 'tiada bah, sudah abes bah'. Kebetulan aku pon tak bawa kain tuala. Bila bangun pagi tadi, aku mandi dan tuala aku adalah cadar katil. Haha amek kau. Apa ada. Aku ni sederhana orangnya. Berkat pernah bekerja dengan satu jabatan berkaitan hidupan liar.
Selepas check in lebih kurang jam 4.30 petang, aku dan anak-anak berasa sangat lapar. Kami makan kepak dan sate ayam.
Malamnya kami lepak-lepak di sekitar hotel sahaja. Pihak hotel menyediakan ruang pelantar yang lengkap dengan bangku dan meja makan seperti gerai yang dihujungnya juga terdapat ruang dapur serta kelengkapan untuk memasak. Ampa bleh masak sendiri tetapi bahan- bahan kena beli sendiri lah. Memang awesome hotel ni. Malam di kawasan hotel memang berkabus dan sejuk. Jadi kami semua tidur awal.
Lebih kurang jam 1 pagi, aku terjaga dari tidur. Ulu hati terasa menyucuk. Aku makan ubat angin hurix 2 biji, ubat sakit perut chacoal 1 biji dan bila sakit masih tak berkurang, aku tambah lagi 2 biji panadol. Aku juga sapu minyak gamat dari Langkawi. See, anda tidak tahu bila ia diperlukan. Jadi jangan pertikai ole-ole dari Langkawi itu. Jangan tiru aksi ini. Aku mundar mandir seorang diri dalam samar-samar lampu tidur bilik. Terbayang cerita-cerita zombi yang pernah aku tonton. Kini aku salah seorang dari mereka. 4 jam aku jadi zombi akhirnya aku tertidur di lantai beralaskan sejadah yang disediakan oleh pihak hotel. Aku terjaga ketika dengar anak-anak berebut-rebut nak mandi untuk solat jam 6.30 pagi. Aku gagahkan diri bangun dan bersiap. Mujur sakit ulu hati aku sudah sembuh. Alhamdulillah

Tiada ulasan:
Catat Ulasan