Isnin, 30 Disember 2024

Gallstone Part 5 (Serangan Kedua)


Pada 15.12.2024 setelah puas bergambar di sekitar Bayu Senja Lodge, kami check out dan terus menuju ke Desa Dairy Farm. Tiba di Desa Dairy Farm, masih sama, Gunung Kinabalu malu-malu di sebalik kabus. Orang dah mula ramai. Daftar masuk juga mudah sebab aku dah booked online. Cantik sungguh pemandangan di Desa Dairy Farm ni. Ala-ala New Zealand(NZ) gitew. Aku dengar orang sebelah cakap macam NZ. Aku sendiri tak pernah sampai lagi ke NZ. Jadi agaknya betul la tu. Nz Malaysia. Bangganya aku, negaraku setanding luar negara. Tapi yang hairannya lembu yang cantik-cantik tu setumpuk ja kat satu kawasan. Padang tu punyanya luas tapi lembu setumpuk kat situ sahaja. Kau bayangkan. Mungkin sebab cuaca sejuk jadi lembu tu membuat bulatan berhimpit-himpit antara satu sama lain untuk mengekalkan suhu badan mereka. Positif kan otak aku. Haha. Tapi sebenarnya aku geram. Aku nak tengok dia berkeliaran macam kat luar negara tu. Hampeh. Setumpuk situ jugak sampai kami balik.

Di dalam Desa Dairy Farm ada banyak lembu yang besar-besar di dalam barn. Mungkin kerja lembu-lembu tu makan dan tidur sahajaSewaktu kami sampai sesi memerah susu dah pon tamat. Kami ambil peluang memberi anak lembu dan kambing minum susu. Sebotol susu (isi susu separuh botol sahaja) RM1.50. Sekali sedut dalam beberapa saat dah habis. Lembu dan kambing di sini lapar betul. Macam 10 hari tak makan. 

Setelah puas jalan-jalan inilah masa yang ditunggu oleh anak-anak. Ais krim gelato perisa coklat. Yang original tiada pula bah. Tak mengapalah. Pizza, sosej jumbo, susu dan yogurt. Susu rasa mild je. Tak berlemak dan berkrim. Aku suka rasa dia yang ringan macam tu. Sekotak kecil aku habiskan.

Kami meneruskan perjalanan ke Kundasang Golf Club. Kat sini pon pemandangan dia cantik sungguh tapi Akinabalu tetap belum kelihatan. Masa ni perut aku dah tak selesa, berangin. Perjalanan diteruskan ke Sosodikon Hill. Kat sini pon kami disajikan dengan pemandangan bukit bukau yang cantik. Akinabalu masih belum kelihatan puncaknya. Ada bayaran masuk ke Sosodikon Hill ni. Murah jer. Ampa akan diberikan pass masuk setelah buat bayaran. Kalau nak sijil hardcopy sila tambah RM8.00.
 
Kami meneruskan perjalanan balik ke KK. Singgah sebentar di Restoran Selera Kebun, Soboroong mengisi perut yang lapar. Masa ni jam sudah 12.00 tengahari. Kami order set A, ada rusa salai masak lemak. Sedap, daging rusa lembut je. Tak lupa juga nasi linopot. Nak tahu jugak apa rasa dia. Nasi biasa lagi sedap kot, hihi. Kepak ayam tidak di lupa. Sama sedap macam di Pekan Kundasang. Habis makan kami meneruskan perjalanan ke KK. Aku tertidur. Selepas satu jam aku terjaga dan perut aku sakit sangat. 

Kira-kira lagi setengah jam nak sampai ke KK suami minta aku bawa kereta pula sebab dia dah mengantuk sangat. Aku gagahi bawa kereta sambil tangan menekan perut dan sendawa sepanjang masa. Anak aku cakap orang yang ada gastrik tak boleh minum susu. Susu tu akan trigged gastrik. Boleh jadi juga. Tetapi tadi aku makan masak lemak rusa dan kepak ayam yang pedas. Mungkin ini pon penyebab sakit aku berulang. Aku sampai di hadapan Anjung Senja, KK jam 4.00 petang. Aku dah tak kuat nak berjalan masa ni. Sakit ulu hati buat aku tak boleh bernafas. Niat di hati nak beli ole-ole di Pasar Filipin. Tak boleh. Sakit aku semakin teruk. Aku minta suami carikan hotel supaya aku dapat berehat sebentar sebelum naik flight jam 10.40 malam. Usai check in aku mundar mandir ke tandas. Aku muntahkan semua makanan yang aku makan. Sosej masih tetap sosej. Perut aku tak dapat menghadam makanan lagi.

Walaupun sudah mandi, cirit-birit dan muntah, perut aku tetap sakit. Aku tak dapat berbaring pon sebab terlalu sakit. Aku fikir setelah dapat berehat, perut akan semakin lega tetapi sebaliknya berlaku. Aku ingin bawa anak-anak makan seafood di Anjung Senja. Kononnya seafood di sini murah. Aku ingin cuba. Tetapi sungguh aku tak berdaya. Akhirnya aku minta suami bawa aku ke klinik yang terdekat. Setelah mencari di internet ternyata hanya Klinik Family Care yang buka sebab hari itu ialah hari Ahad. Kebanyakan klinik tidak beroperasi. Doktor menyuntik tangan aku dengan 3 jenis ubat, tahan sakit, muntah dan gastrik dan minta aku berehat selamat 5 minit. Selepas 5 minit aku masih sakit, doktor minta aku tunggu lagi 5 minit untuk ubat berkesan. Tetapi malangnya sakit aku masih belum reda, doktor mencadangkan aku perlu dirujuk ke hospital kerana semua ubat yang diberi tidak berkesan dengan aku. Aku minta dengan doktor untuk balik sahaja dan tolong bekalkan aku dengan ubat tahan sakit sebab aku perlu pulang ke Kuala Lumpur malam ini. Doktor muda berbangsa Melayu yang baik hati akur dengan permintaan aku. Tetapi aku perlu berjanji akan terus rujuk ke hospital setibanya di Semenanjung nanti.

Tiada ulasan: